Jumaat, 18 Mei 2018

MEE BANDUNG




Tulang dan daging - direbus
4 biji kentang - potong bulat2 nipis, digoreng kemudian diblend
Boleh gantikan keledek tapi jika keledek di rebus dahulu kemudian di lenyek halus

Bahan kisar30 tangkai cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 cwn udang kering - direndam dan dikisar
2 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos cili
2 kiub daging
1 buku gula melaka (yg kecil)
2 sudu besar kacang tanah
garam dan gula secukup rasa
udang basah
fish ball
sotong
tomato dibelah 4
karot
bunga kubis
telur

Bahan yg dimakan bersamadaun sawi - di celur
mee kuning
daun sup n daun bawang
bawang goreng
tauhu goreng

  1. Panaskan minyak 1 senduk
  2. Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan kentang yg telah dikisar masak hingga sedikit garing.
  4. Masukkan daging dan air rebusan tulang masak hingga mendidih.
  5. Masukkan kiub daging, sos cili, sos tiram dan gula melaka.
  6. Masak hingga gula larut.
  7. Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan udang, sotong, fish ball dan masak hingga sedikit pekat.
  9. Akhir sekali masukkan karot, dan bunga kubis. 

Masa menghidang panaskan kuah dan pecahkan telur dlm kuah (jangan kacau) biar hingga telur keras dan bolehlah dihidangkan bersama mee kuning, sawi daun sup daun bawang, bawang goreng, tauhu dan cili jeruk jika suka...



Tiada ulasan: