Jumaat, 1 Jun 2018

BISKUT ALMOND LONDON






Bahan-bahan:
  • 250g mentega
  • 125g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50g serbuk badam (optional)
  • 200g tepung jagung - ayak
  • 300g tepung gandum - ayak
  • 1 sudu besar tepung beras - ayak
  • 1 sudu teh baking powder - ayak
  • 200g kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50g badam cincang untuk hiasan
  • +/- 700g cokelat compound

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara Membuat:

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam dan kacau.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
  3. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
  4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  5. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
  6. Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
  7. Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering. Siap disimpan.




Tiada ulasan: