Jumaat, 1 Jun 2018

SEMPERIT COKELAT






Bahan-bahan:
240 g mentega
3 sudu besar serbuk koko
120 g gula halus
2 biji kuning telur
150 g tepung jagung
80 g tepung kastard
230 g tepung gandum

Hiasan:cip coklat secukupnya

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD
Cara Memasak:
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
  3. Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung ,tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko. Uli hingga menjadi doh lembut.
  4. Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
  5. Hiaskan dengan taburan coklat cip di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 min.





Tiada ulasan: