Isnin, 22 Jun 2020

Kek lapis asmaradana




Bahan bahan 

16oz butter(450gram)
1/2gelas gula halus
2gelas tepung hong kong
10biji telur
200gram jem campuran atau mana mana jem buah
1sudu makan ovellet
200gram serbuk horlicks
1sudu makan esen vanilla
1tin kecil/rendah susu pekat manis
Pewarna ungu secukupnya


  • Telur ,esen vanilla dan gula dipukul sampai kembang.ketepikan.
  • Dalam bekas lain butter dan susu pekat dipukul sampai kembang dan putih.
  • Kemudian satukan kedua dua adunan. Pukul sampai sebati.
  • Masukan horlicks,jem buah dan ovelete. Pukul lagi sampai sebati.
  • Akhir sekali masukan tepung hong kong. Gaul guna senduk sahaja sampai sebati dan rata 
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. (Bahagian 1 warna asal ... Bahagian 2 warna ungu)
  • Bakar berlapis lapis sampai habis.
  • Lapisan yang pertama guna api atas bawah .
  • Lapisan kedua dan yang seterusnya guna api atas sahaja.
  • Lapisan yang terakhir guna api atas bawah.
  • Selepas 1/2 jam boleh cucuk tengah tengah kek dengan lidi samaada kek sudah masak atau belum. Sekiranya lidi keluar bermakna kek sudah masak.
  • Suhu yang digunakan ialah 140c bergantung juga pada suhu oven masing.




Tiada ulasan: