Bahan:
500 g mentega
50 g gula kastor
1 sudu makan ovalet
10 biji telur gred A
360 g tepung hong kong
400 g susu manis
250 g coklat masakan (dicairkan)
200 g horlick
Sedikit almond nib
Pewarna hitam, ungu, biru, turquoise, hijau, kuning, oren, pink
Cara:
- Pukul mentega, gula dan ovalet hingga putih dan kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan dipukul hingga sebati.
- Selepas itu masukkan susu manis dan horlick.
- Akhir sekali masukkan tepung dan dipukul sehingga rata.
- Bahagi adunan kepada:
- Pewarna hitam dimasukkan coklat yg dicairkan sebanyak 8 lapisan - 165 g setiap lapisan
- Warna pelangi sebanyak 7 lapisan - 165 g setiap lapisan
Bakar ikut urutan seperti dalam gambar.
# Guna loyang 8 X 8 inci
# Suhu 150 °C atau mengikut kepanasan oven masing-masing
# Selamat mencuba #
Sumber: FB Carolyn Joshua