Rabu, 23 Mei 2018

MEE HOON BAKSO





Bahan Mee
  • 1 bungkus mee hoon (rendam dan celur sebentar )
  • Taugeh
  • Kobis ~ di hiris halus
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng

Bebola Daging
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah ~ di cincang halus
  • 2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
  • 2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
  2. Kemudian gaul rata (Adunan juga boleh diblend) Kemudian diuli-uli biar padat sedikit
  3. Bulat-bulatkan sebesar guli
  4. Ketepikan

Tauhu sumbat daging
  • 2 kepig tauhu belah 2 segi tiga
  • Belah tengah tahu dan sumbatkan dengan adunan bebola daging tadi.
  • Rebus dalam api perlahan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kuah Bakso
  • 1/2 kg tulang
  • 2 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 inc halia
  • 2 sudu teh lada sulah
  • 1 batang serai dititik
  • 1 kiub pati daging atau pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 bungkus sup bunjut (kalau suka)
Cara menyediakan kuah bakso
  1. Mula-mula ... rebus dahulu tulang hingga daging pada tulang empuk
  2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, halia dan serai hingga harum
  3. Kemudian masukkan dalam air rebusan tulang tadi
  4. Masukkan sup bunjut, kiub daging dan rasakan dengan garam secukup rasa
  5. Bila dah mendidih kuahnya, masukkan bebola daging kita tadi
  6. Bebola daging akan masak bila ia timbul di permukaan kuah
  7. Biar renih sekejap dan telah tersedia lah kuah bakso kita
  8. Bakso dimakan bersama mi hoon yang kita dah celur tadi, taburkan taugeh, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
  9. Tuangkan kuah bersama bebola daging. Boleh dimakan bersama sos atau sambal kicap dan tahu sumbat daging tadi

sambal kicap
  • lada cili api
  • lada merah
  • bawang putih 1 ulas (goreng sekejap untuk bau sambal yang harum)
  • tumbuk hancur semua bahan
  • kemudian masukkan dlm bekas dan masukkan kicap serta perah limau nipis

Sumber








Tiada ulasan: