Selasa, 20 Jun 2017

Biskut Nestum




Bahan²-

  • 250gm butter
  • 100gm gula halus @ kastor
  • 100gm tpg.jagung
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh air sejuk dlm peti ais
  • Tepung gandum cap ros secukupnya
  • 80gm nestum 
  • 1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (tuk sapuan)
  • Nestum tuk hiasan

Cara²nya-

  1. pukul butter,gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla & pukul lg hingga sebati @ nmpk warna kuning keputihan..
  2. masukkan tpg jagung nestum yg d ramas sikit dan tepung rose.. tpg rose buh sedikit demi sedikit hingga doh boleh d uli dan tidak melekat d tangan..
  3. terap guna acuan kesukaan anda dan sapu telur atasnya dan tabur nestum..
  4. bakar dlm oven pada suhu 160 selama 20-25 minit... ikut suhu oven masing2 ya..

P/s- panaskan oven dulu dgn suhu 170 selama 20 minit kemudian semasa membakar turunkan suhu pada 160..









Tiada ulasan: