Rabu, 21 Jun 2017

kuih siput





  • 1 kg tepung gandum
  • * 3 genggam udang kering atau udang pepai (yg jenis halus tu goreng tanpa minyak sampai garing) 
  • 1 kampit kecik serbuk cili
  • 3 sb serbuk kari
  • 1 cwn santan pekat
  • 250 g marjerin (dicairkan dan biarkan sejuk jap) 
  • 1 biji telur @ 2 biji
  • Garam secukup rasa
  • Gula sikit (lau nak tambah) 
  • 1 cawan air sejuk dalam peti ais + garam (dibancuh).. Boleh tambah jika perlu
  • * 5 ulas bwg putih (hiris halus n goreng ngan minyak dulu pun boleh) 
  • * 3 sb jintan manis
  • * 3 sb jintan kasar
  • * 3 sb ketumbar
Bahan bertanda * ni kisar kering

Bahan2 ni leh adjust tuk kesesuaian ek.. Kuih siput yg best.. Makan rangup je, tak berderai bila dipegang pas goreng, tak rasa pahit (api kuat sangat masa goreng), x rs bermentega rapuh sesangat)..

Cara buat
  1. Campurkan tepung bersama bahan kisar, telur, serbuk cili dan serbuk kari. Gaul bg sebati.
  2. Masukkan pula marjerin yg dicairkan tadi. Gaul sebati. Diikuti ngan santan. 
  3. Gaul sebati kemudian baru tambah air sejuk bergaram tu sedikit demi sedikit.
  4. Uli le sampai tak lekat di tangan dan doh lembut. Dah siap rehatkan doh sekejap, sapukan permukaan acu siput ngan tepung. Jgn lupa tgn pun kena sapu tepung, amik secubit kecik doh, letak atas permukaan acuan, tekan dan seret sikit jari tu secara membulat atau separa bulatan. Sampai doh tu bergulung cam siput
  5. Buat sampai abis. Dah byk buat boleh la goreng guna api yg sederhana panas. Kalau masa buat tu siput2 cam melekat antara satu sama lain tu xpe sebab masa goreng nanti dia bercerai gak. Goreng keemasan. Last sebelum nak angkat tu tabur daun kari. Sejukkan sebelum masuk dalam bekas yg kedap udara... Selamat mencuba

Catat Ulasan