Khamis, 8 Jun 2017

BISKUT SMARTIES





Biskut smarties atau biskut m&m ni sangat digemari kanak kanak tapi bila dihidangkan diraya mereka hanya makan coklat smarties itu saja.

Jom kita buat biskut smarties ni. Boleh jual raya ni.

Bahan Bahan
  • 200 gram mentega
  • 80 gram gula ising
  • 1/2 sudu teh paste oren
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 biji telur (pecahkan telur bahagia dua)
  • 270 gram tepung red rose

Cara
  1. Putar mentega bersama gula ising, pes oren, esen vanilla sehingga sebati.
  2. Masukkan telur dan kacau rata
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata
  4. Isikan adunan kedalam piping bag yang telah diletak nozzle bintang
  5. Sapu sedikit mentega ke loyang pembakar
  6. Picitkan adunan diatas loyang dan letak sebiji coklat smarites keatas biskut.
  7. Bakar biskut selama lebih kurang 20 minit suhu oven 160 degree

Tiada ulasan: