Khamis, 8 Jun 2017

Karipap Mini






BAHAN DOH :-

  • 2 sudu besar minyak sapi 
  • 100 ml air 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 1 biji limau kasturi ambil jusnya 
  • 225 g tepung gandum

INTI :-
  • 100 g udang kering 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 sudu besar lada kisar
  • 1 batang serai 
  • Garam, gula, perasa secukup rasa. 
  • 3 sudu besarminyak - untuk menumis

Cara-cara
Untuk menyediakan doh :-
  • Minyak sapi,air,garam dimasak hingga mendidih.Masukkan jus limau dan matikan api.
  • Tuang air minyak yang panas ini kedalam tepung dan uli hingga sebati.
  • Biarkan selama 10 minit. 
  • Canai doh nipis-nipis ,terap bulat sebesar syiling 50 sen.
  • Masuk inti dan kelim.
  • Goreng terendam dalam minyak banyak sambil digaul hingga karipap garing sama rata.

Untuk menyediakan inti:-
  • Kisar semua bahan inti kecuali minyak masak hingga halus. 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga kering. Sejukkan dan siap utk digunakan.

Tiada ulasan: