Sabtu, 26 Mei 2018

ACAR IKAN MASIN






Bahan-Bahan
  • isi ikan kurau masin 1 mangkuk
  • Cili api kampung 1/2 cawan
  • Kismis 1/2 cawan
  • Lobak manis cincang 1/2 cawan
  • Jeruk buah pala 1 cawan - hiris nipis
  • Jeruk mangga kulit 1 cawan - hiris nipis
  • Biji bijan 1 sudu makan - sangai
  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 10 biji
  • Cuka makan 1 cawan
  • Gula pasir 1 cawan
  • Rempah kari 2sb
  • Minyak masak 2 cawan

Bahan Kisar
  • Lada kering 2 genggam
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 5 biji
kisar sampai halus


Cara Menyediakan
  1. Kupas kulit bawang merah bawang putih..biarkan sebiji2..kemudian campur dengan cuka..rendam 1 jam
  2. Basuh ikan masih..potong kecik2, kemudian goreng sampai gareng..angkat letak tepi dulu
  3. Kemudian terus masukkan bahan kisar, Masak sampai betul2 pecah minyak..kacau jek... kemudian masukkan gula dan rempah kari.. kacau je k..
  4. Akhir sekali masukkan bawang yg direndam cuka tadi..dengan cuka2 sekali... dan semua bahan2.. ikan masin jeruk.. semua lah k..kacau sampai sebati.... taburkan biji bijan.. 
  5. Sejukkan dulu baru masukkan dalam bekas.. siappp 


Sumber




Tiada ulasan: