Bahan-bahan
2 biji terung panjang (dipotong tiga dan dibelah dua)
1 biji bawang besar (untuk hiasan)
1 tangkai cili merah (untuk hiasan)
Tumbuk
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih (dimayang halus)
segenggam udang kering
Perasa
garam secukup rasa
2 sudu makan minyak makan
2 sudu makan kicap pekat manis
Cara-cara
- Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga garing.
- Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama udang kering,kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan terung bersama secawan air dan tutup sehingga terung empuk.
- Kacau lagi supaya semuanya sebati dan masukkan kicap pekat manis bersama garam.
- Akhir sekali masukkan bawang besar bersama cili merah dan boleh dihidangkan.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan